10 May, 2014

Cerita Tentang Charity Run

Assalamualaikum.....


Larian amal yang aku nak sangat join ni adalah antara charity run kali kedua aku. Sape yang taktaw pasal charity run ni boleh baca Larian Amal : Hear For You Charity Run . Paham-paham jelah aku nih bab lari-lari lemah sikit tapi lau bab shopping i'm no. 1 so tak mustahil ni baru kali kedua wakawaka..eksaited dia takyah citerlah walaupon aku sorang jer eksaited lebih, yang si farah and faezah lagi sadisss diorang anti-larian, awal-awal dah kata taknak, takpe aku suke orang jujur nih hahaha maka aku sorang jelah yang join.


Beberapa hari sebelom larian ni, pihak penganjur dah email siap-siap suruh aku amik running kit kat Kolej Tun Syed Nasir (near by tasik titiwangsa) sebelom kul 7 pm. Aku yang sememangnya fail selok-belok jalan ni haruslah menyusahkan si farah tuk teman aku pi amik running kit nih. Farah redho jelah, lepas abis keje petang rabu aritu terus pecut ke destinasi. Nasib baik sempat weh 6.45 pm baru sampai. Alhamdulillah bangga sangat ada driver hebat macam si farah (wajib kau kembang kalau baca nih).


Lepas hempas pulas stereng keta kat bulatan pahang, aku ajak si farah ni singgah makan sebagai reward tuk dia susah-susah tolong aku. Tapi farah ni beria-ria lah plak nak makan kek kat secret recipe, so aku ikut jelah. End up farah jugak yang belanja katenya sempena besday aku, orang pertama yang celebrate tuk aku, haruslah aku menumpahkan airmata yang ternyata mahal gituh. Tenkiu my bff luv you till jannah.

Balik rumah terus terjah running kit, siap sarung baju posing depan cermin

Maka tibalah hari yang dinantikan. Tapi ada sesuatu yang aku tak sedap hati nak bangun pagi tadi huarghh berkira samada nak teruskan atau tak ke larian amal nih. Akhirnya aku give up babe, aku give up, aku cancel nak join sebab si seng**ut telah menyerang. Adoiiii ni yang buat aku lemah nih, hancusss harapan aku nak kenal ngan abam-abam kacak masa larian. Niat pon tak baik dah so padam muka miahaha. Korang kena paham usha abam kacak hanyalah aktiviti sampingan,yang penting charity run tu okeh!!


Duhai running kit bertabah lah, aku janji nati aku jogging satu tasik permaisuri dengan menyarungkan baju biru itu. Harusss aku bermarathon dengan uncle chinese kat tasik tanpa segan silu pakai no 338 dan buat drama bahawa aku adalah puteri larian amal tsskkk.
So nampak gaya pagi tadi aku 'bercharity run' atas katil jelah nokkss.


Sekian, cerita tentang charity run aku.
Clucckk!! (bukak air tin 100 plus sambil rakus menenguk atas katil).
Sadis sangat.


Teşekkür ederim for reading!!





08 May, 2014

Tawaran Biasiswa Curtin University Australia

Assalamualaikum.....


Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, ecehhh mukadimah orang tengah mengantuk tapi gigih jugak nak menaip bertabahlah uollss baca apa yang aku nak melalut nih.


Kalau diberi peluang untuk sambung balik study, siap ada biasiswa bagai sapa taknak wehh tambah-tambah untuk aku yang setakat ada diploma nih hahh tsskkk...redho jelah sebab aku bukan jenis pulun  nak study pon miahaha tapi kalau rezeki nak amik degree ke master ada depan mata alhamdulillah sangat, sujud syukur barangkali.


Bagi aku ini ibarat peluang keemasan kot, dari zaman muda remaja memang cita-cita nak study obersi. Menitik airmata darah wei tengok member seret beg kat epot nak pi study obersi. Aku?? hanya mampu tengok jelah, tulah sape suruh spm dulu tak pulun baca buku biologi, fizik,kimia dan seangkatan subjek?? hafal segala mak nenek dalam buku tuh?? Lau tak gerenti straight A's (mata ke atas,tangan ke bahu). Atleast, rezeki aku study obersi tercapai jugak sebab dapat kolej nursing kat Kuching 3 tahun lepas.






Ni antara surat yang sampai kat jabatan aku, bila sekali imbas tengok pon dah rasa eksaited. Baik hati jugak KKM ni pelawa nurses untuk mengikuti Bachelor of Science (Nursing) di Curtin University of Technology, Australia. Aku eksaiteddd okeh!! And it's opened to all nurses yang dah servis  sekurang-kurangnya 3 tahun dan syarat-syarat lain.


Alangkah bertuahnya calon yang berjaya mendapat tempat dalam tawaran nih sebab calon tersebut akan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). Segala perbelanjaan  di Curtin University akan ditanggung oleh pihak penganjur termasuk bayaran yuran pengajian, tambang pergi balik, elaun sara hidup, perlindungan kesihatan, elaun buku serta kos sampingan yang lain, nama pon biasiswa kannn!!


Tapi disaat ini, konfiden entah melayang ke mana..nak isi borang pon dah rasa rendah diri, rasa macam tak layak sebab aku taw ada orang kat luar sana yang lebih layak dari aku. Nurses yang lebih banyak pengalaman dari aku, lebih senior dari aku dan mungkin turut pendam perasaan untuk rasa study obersi macam apa yang aku rasa. Let them go first kekdahnya.




Fikir semasak-masaknya, 2 tahun pejam celik pejam celik sekejap je aku rasa, tapi beban dan tanggungjawab lain lebih setia dan padu atas bahu aku. Mungkinkah impian akan jadi kenyataan?? atau bakal terkubur begitu saje seperti 7 tahun lepas?? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku percaya rezeki tu dimana-mana, kalau bukan sekarang maybe tahun-tahun yang mendatang aminnn.


Neway, tenkiu to my bestie Farah sebab bagi support kat aku untuk further study balik. Ni bukan rezeki aku kot.


Malam ni mimpi jelah jejak kaki kat Curtin University.