26 April, 2014

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum.....


Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew.


Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat kaunter. Siap akak imigresen perli lagi, no 1622 dik oiii bukan 1624. Takpe konfiden itu penting. So kat situ tak pasal-pasal memalukan diri sendiri. Dah nasib pekak sikit nak wat camne hahaha. Patut la ada abang hensem tengok aku semacam sebab tu no giliran dia, sesedap rasa jer nak cantas giliran. Nasib baik hensem, lau tak dah lama aku hayun tangan kat dia bhaahaha, kau dah kenape kan?? Eh tetiba nak naik angin plak. 

So, bila nak renew tu dia akan tanya samada nak renew selama 2 atau 5 tahun, kalau 2 tahun bayaran yang dikenakan RM100 dan 5 tahun plak RM300. Bila fikir balik amik yang 5 tahun macam  best jugak sebab yelah tak payah dah susah-susah nak renew banyak kali, tapi aku pikir balik RM300 dan RM100 banyak beza tu babe, boleh wat shopping sakan kat negara jiran nanti. End up aku amik yang 2 tahun sajoklah yer, tapi yang balance expired date  22 Oct 2014 passport aku tu kira burn dan dikira hari yang kita buat passport baru. If amik yang 5 tahun baru la tak rugi yang 6 bulan tu. Entah aku pon tak faham sangat, yang aku nak passport aku boleh guna jer. 

Korang if nak wat passport baru or nak renew, tak payah susah-susah pi amik gambar passport kat luar, kat aras 2 UTC tu memang dah ada kedai gambar, dekat jer ngan imigresen satu aras yang sama. Lepas sejam nanti dah boleh collect passport. Sempatlah aku abiskan masa sejam tu merayau dalam UTC tu dan solat maghrib kat sana. Syukur dapat solat kat surau situ, sayu giler bacaan imam, sebak tetiba. Lagipon dah lama tak berjemaah asyik sibuk dengan hal dunia sajokk. Insaflah wahai anak adam =(

 Alhamdulillah everything went well,so anyone yang nak renew passport pi la UTC Pudu, cepat pantas dan tangkas gituh. Lepas setel passport, berkira-kira nak pi tukar ic plak, yang ic aku still ic yang gambar warna dan bukan gambar double hitam putih tu..ermm faham ke idokk hahaha.  Dengar orang cakap if tak renew  ic lama sebelum tarikh lahir yang akan datang nanti kena denda. Entahlah aku decide tak jadi buat takut tak sempat siap keesokan harinya, even dia kata boleh siap hari jumaat. Tapi taknak amik risiko tak pasal-pasal tak siap nanti kat airport kena tahan bhahaha.

Bersambung =)






22 April, 2014

Larian Amal : Hear For You Charity Run

Assalamualaikum.....

Sedagha dan sedaghi weekend selalu lepak rumah kan?? Kaki selalu menjalar ke shopping mall?? Apa kata minggu akan datang kita buat kelainan sikit, kasi lemak degil pecah meletoppss, kasi body fit sikit baru lah nampak anggun like Angelinah Jolly uollss gegurl, yang abang kacak kat luar sana boleh amik feel jadi Ben Ashaari hehehe ( ada jugak kena tibai nih). Sori abang Ben pinjam nama sat nohh.







 So sape yang teringin melibatkan diri dalam larian amal anjuran UKM, boleh tanya maklumat lanjut seperti di talian kat gambar atas tuh eh.Objektif  utama larian amal ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Hari Karnival Pendengaran 2014, disamping meningkatkan kesedaran orang ramai di luar sana.

Registration Fee RM30

Sila berlari dengan gigih taw uollss coz Siemens will sponsor hearing aids according to the number of loops made around Tasik Titiwangsa by all runners. Satu pusingan RM50 okehh tapi all runners ada limit sampai 4 loops sahaja. Abis jer larian amal tersebut, if uolls still get extra energy why not proceed to carnival yang diorang anjurkan,macam-macam info berkaitan korang akan dapat.



Insyaallah kalau iolls berkelapangan iolls pon nak join jugak tu pon lau tak sibuk ngan perihal rumahtangga ecehhh poyo sangat, padahal weekends nak jogging atas katil kahkah. Bye





01 April, 2014

Terjagakah Talian Hayat Aku??


Assalamualaikum....


 Hubungan antara manusia seboleh-bolehnya kita nak jaga. Hubungan antara mak ayah, suami dan isteri mahupon antara kawan-kawan disekeliling kita sebolehnya,nak tak nak kena jaga, kena jaga hati diorang 'kemah keming' tapi hati sendiri takde maknanya orang lain nak jaga.Tapi pernah tak kita fikir hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta macam mana??Elok terjaga atau tidak?? Subhanallah kadang-kadang aku pon tergolong dalam kalangan yang lalai. Mudahnya hati ini lalai dengan nikmat duniawi yang ternyata sementara.






Bila aku kata aku sedang berubah, kadangkala diri ini terbabas juga
Maka tegurlah, bukan menghukum
Sayangilah, bukan memfitnah
Maafkanlah, bukan membenci
Mudahkanlah, bukan menyusahkan

Jadi ingatkanlah aku, bukan mengejek
Kerana diri ini masih lemah 
Mudah terlupa, mudah terleka
Bantulah aku duhai teman

Bimbinglah aku Ya Allah
Kerana Engkaulah satu-satu talian hayat yang aku ada