28 January, 2014

2014 Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Angan-angan 2014 nak makin rajin berblog tapi hampeh wal hancussss, iolls hanya mampu blogwalking sepanjang meniti hari-hari 2014. Terima kasih banyak-banyak buat kengkawan blogger yang sudi singgah kat blog mati segan hidup tak mau ni..sayang korang =)

Kalau nak diringkaskan sepanjang tahun lepas alhamdulillah banyak perkara berlaku yang mematangkan diri aku. Jatuh bangun aku dalam mengejar cita-cita banyak mengajar aku erti sabar dan benarlah tak semua apa yang kita inginkan akan jadi milik kita. Subhanaallah baru aku sedar selama ni aku leka dalam mengejar keinginan yang tiada penghujung. Sorrylah yer taip entri ni malam buta (semalam) so jiwang dia lain macam cikit bhahahaa.

Sebenarnya banyak benda sangat aku nak citer tapi bila fikir balik hurmm simpan jelah dalam hati peram sampai berulat haha. Yang boleh kongsi tu aku kongsi la yer. Actually  banyak giler kot aku terhutang entri travel aku tahun lepas. Aishhh camnelah nak jadi backpacker tegar entri pon tak sempat nak hupdate. Insyaallah aku hupdate slow-slow (nampak gaya macam 2015 baru abis citer hahaha). Dan salah satu wishlist travel aku tahun ni macam jadi jer macam tak sabarrr jer.

Anyway tolong doakan aku selamat pergi dan balik yer alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih cikit tuk jejak kaki ke.....hurmm sebenarnya nak rahsiakan jer tapi eksaited punyer pasal kat tajuk pon dah boleh agak.









Insyaallah kalau takde aral melintang 30hb nanti iolls berangkat bersama dengan 13 orang lagi geng alam maya. Doakan keselamatan kitaorang disana yer. Till then muahh sayang cikit.







Hello Lisa mu tunggu aku datang ahakkss =)