20 August, 2013

Tak Sangka ALLAH Balas Cepat

Assalamualaikum...
 
 
Just nak share apa yang aku terbaca kat fb pagi-pagi nih..

Ketika saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu....
 
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.
 
Tengs sudi baca uolls =) moga mendapat manfaat
 
 
 
 
 

06 August, 2013

Apa erti raya bagi anda??

 
Assalamualaikum..
 
  
Raya?? bagi aku raya adalah sangat best sebab boleh makan banyak-banyak, takde sape pon nak larang tapi tu masa kecik jer la.Skunk dah besar dah pandai kira kalori so dah pandai diet laaaa. Zaman budak dulu tersangat la syookk rasa macam nak raya 30 hari 30 malam padahal puasa pon setakat separuh hari, tu pon boleh kira sebulan berapa hari aku puasa. Alhamdulillah naik jer umur 9 tahun dah start puasa penuh tapi siang-siang masih bukak periuk terliuq tengok pucuk paku masak kicap. Rasa kicap setitik pon dah rasa kenyang hahahaha.
  

Bila tiba jer hari raya time kumpul ramai-ramai berebut nak duit raya, pakcik pakcik akan annouce sape puasa penuh dia dapat duit raya paling banyak. Aku puasa yang bape kerat jer nih bapak cepat angkat tangan mengaku puasa penuh..taktaw malu betoiiii. Bukak jer sampul duit raya tengok rm1, pahtu taye plak budak yang betoii-betoii puasa penuh kau dapat bape wei??..budak tu pon dapat rm1 gak hurmmmm sah kene tipu.
 

Dulu waktu kecik-kecik sebut jer pasal raya bukan main happy sangat, siap lompat kanggaru atas kerusi rotan kesayangan mak. Kalau boleh nak teriak "yeayyy yeayy esok nak raya" sampai anak jiran pon dengar. Dah besar panjang macam skunk takde makna dah nak lompat kanggaru sebab malu kat housemate. Kang housemate punggah barang pindah rumah lain kang aniaya tu. 

 
Zaman kecik-kecik dulu kat rumah takde biskut raya pon takpe..tak berapa nak kisah sangat makan kerepek ubi takpon cekedis supering pon dah sangat heaven okehhh. Mak aku pon bukan jenis kisah sangat pasal biskut nih, suka lagi telan rendang daging ngan lemang gamaknya. Tapi dah besar ni bukan main demand kauuuu..almond london,mama carrie, semperit, popia gulung yang kecik-kecik tu  wajib ade. Sangat mengujakan bila dok kunyah biskut tu time tengok tv  haisshhh takyah nak mengujakan sangat  laaa oiii.

 
Dulu waktu budak hingusan ingatkan aku ada sorang mak jer, dialah tempat aku mengadu dialah tempat aku meminta-minta,dan dialah yang tolong belikan baju raya sumer tapi bila dah besar hakikatnya sangat pahit. Malangnya ibu kandung aku dah  takde  sejak lahirkan aku. Saat  aku teringin nak tengok wajah dia, hanya batu nisan menjadi ratapan.
 
 
Bila terkenangkan arwah  ibu, alhamdulillah masih diberi kudrat untuk sedekahkan al-fatihah untuk ibu. Maksu aku pon selalu pesan "ingat setiap perbuatan baik yang si anak lakukan, si ibu pon dapat ganjaran". Subhanallah.
 
 
Tiap kali raya zaman aku dah besar ni selalu teringat bende nostalgik camnih pahtu mula la air mata nak meleleh. Tambah tambah kalau tengok iklan kat tv, tisu sekotak pon boleh abisss. Alhamdulillah aku masih kuat untuk terima dugaan nih hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmah disebaliknya.
 
 
Tiba-tiba mood raya dah hilang...
  
 




P/S : Mohon sahabat sekalian sedekah al fatihah untuk ibu saya yer