08 May, 2013

SebeSar Zarah

Assalamualaikum...

Dah berhari-hari tak hupdate rasa rindu la plak. Neway aku tak berapa nak sihat, demam pilihanraya barangkali.Nih hupdate ni pon nak merapu jer. Okehh tadi pi keje pon dah lambat nasib punch card tak merah hoho, padahal kemarin 9.30 pagi baru masuk keje, alhamdulillah bos tak marah sebab awal-awal dah wat muka seposen. Padahal tempet keje ngan umah aku tak sampai 5 minit pon lau aku merempit, lau kentut kat umah officemate pon boleh dengar  ^_^ okehh macam takde kaitan jer, lantaklahh.


Dah setel drama kat tempat keje, masa aku nak balik keje plak terjadi drama kat atas jalan raya. Bagi aku drama kat jalan tadi tragis sebab tak penah jadi. Atleast arini dah dapat pengajaran JANGAN  BERTANGGUH. Seyes aku ni jenis yang sambil lewa jugak kadang-kadang sampai minyak skuter pon tak isi . Masa kat traffic light depan hukm moto aku tiba-tiba mati (bikin malu bikin malu) Oooohmygucci mati la aku kali ni. Drama tadi bertambah drama bila ada babak hujan bagai, dah la lebat bukan main. Dalam hati aku dok mintak tolonnggg ada superman datang (ermmm sampai tua tunggu pon superman tak datang lau dah berangan)

TAPI 

Alhamdulillah masa aku ngah control kemachoan aku dok tolak moto ke tepi, muncul la sorang mamat moto nak tolong. Aku mula-mula tak caye gak kat budak laki tu,muka lapanpulohperatus macam mat rempit sah-sah aku naktaknak jer dia tolong. Maybe muka aku obviously nampak macam tak caye kat dia, terus dia kol member dia suh datang tolong sama (ohh masa ni aku dah kepit purse aku kat ketiak, zip jaket yang aku pakai sampai leher hehehe) . Aku apalagi makin bertambah was-was ngan mamat nih. Mula la dok pikir bukan-bukan takut diorang planning nak rompak aku wakawaka. Takmo la camtu kan??negative thinking betullah.


So aku tolak cara lembut, aku cakap aku nak tolak jer moto aku nih agpon umah aku dekat jer pon. Tapi dia berkeras nak tolong. Aku pasrah. Tergoda jugak ngan pujukan dia eceheceh. Mamat tu pon tunda moto ngan kaki dia, aku plak steady dok atas moto sambil mulut terkumat-kamit  berzikir apa yang patut. Ermm dah sampai depan apartment aku hanya mampu ucap terima kasih  kat mamat tu and hulur la sikit apa yang patut. Dia tolak huluran aku, katanye dia ikhlas tolong. Tapi tulah orang berbudi kita berbahasa, aku letak jer sikit saguhati kat bakul moto dia tanda terima kasih.


UNTUK AWAK YANG TOLONG TUNDA MOTO SAYA TADI TERIMA KASIH BANYAK . HANYA TUHAN YANG MAMPU BALAS JASA BAIK AWAK. SAYA AKAN INGAT BUDI BAIK AWAK SAMPAI BILA-BILA







“Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8).







1 comment:

nadia farahida said...

kalau nadia pon nadia seramm, orang kita tak kenal kann. tapi dalam masa yang sama, kita dalam kesusahan. huhu :p