31 May, 2013

Hannah Spa Voucher

Assalamualaikum...

 Few days ago,aku ada baca entri pasal Hannah Spa kat blog Fatin Suhana, lau nak tau lebih lanjut boleh terjah blog dia. Si Fatin ni siap nak bagi voucher free lagi taw untuk first 3 commentor, aku bende free macam ni sapa tak nak oooiii tu namanya tolak rezeki.eksaited okehhh drop email kat blog dia bagai. Tapi malangnya aku bukan yang commentor bertuah sedihhh giler kot!!! mihmih nanges tak berlagu iolls aritu hahaha.


 Tapi alhamdulillah rezeki Tuhan nak bagi, 2 hari kemudian masa aku dok lagha cek email bagai, mata iolls tetibe terpana tergamam sumer adelah bila dapat email dari Hannah Spa . Oyeaahhhh!! dapat voucher free hehehe alhamdulillah. Ni yang tak sabar nak bawak satu rumah iolls pergi spa. tapi aku sorang la yang free kahkah yang lain bayar sendiri punyer yer.




Insyaallah akan cari waktu sesuai ke sana, yang pasti wajib pergi kalau tak memang rugi orang bagi voucher free. Sape nak taw lebih lanjut pasal hannah spa ni silalah terjah-menerjah blog dia yer.





10 May, 2013

RahSia Surah Al-KautSar

 Assalamualaikum

Selamat hari jumaat, penghulu segala hari 







♥ Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita


♥ Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat 


♥ Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya allah hilang  
  dahaga


♥ Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata


♥ Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu 


♥ Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi 


♥Jika membacanya 1000x insya allah rezeki kita akan bertambah 


 Rasulullah bersabda, "Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada 
(meninggal dunia) , dia akan tetap memperoleh pahala.




p/s: Insya allah moga mendapat manfaat bersama = )



08 May, 2013

SebeSar Zarah

Assalamualaikum...

Dah berhari-hari tak hupdate rasa rindu la plak. Neway aku tak berapa nak sihat, demam pilihanraya barangkali.Nih hupdate ni pon nak merapu jer. Okehh tadi pi keje pon dah lambat nasib punch card tak merah hoho, padahal kemarin 9.30 pagi baru masuk keje, alhamdulillah bos tak marah sebab awal-awal dah wat muka seposen. Padahal tempet keje ngan umah aku tak sampai 5 minit pon lau aku merempit, lau kentut kat umah officemate pon boleh dengar  ^_^ okehh macam takde kaitan jer, lantaklahh.


Dah setel drama kat tempat keje, masa aku nak balik keje plak terjadi drama kat atas jalan raya. Bagi aku drama kat jalan tadi tragis sebab tak penah jadi. Atleast arini dah dapat pengajaran JANGAN  BERTANGGUH. Seyes aku ni jenis yang sambil lewa jugak kadang-kadang sampai minyak skuter pon tak isi . Masa kat traffic light depan hukm moto aku tiba-tiba mati (bikin malu bikin malu) Oooohmygucci mati la aku kali ni. Drama tadi bertambah drama bila ada babak hujan bagai, dah la lebat bukan main. Dalam hati aku dok mintak tolonnggg ada superman datang (ermmm sampai tua tunggu pon superman tak datang lau dah berangan)

TAPI 

Alhamdulillah masa aku ngah control kemachoan aku dok tolak moto ke tepi, muncul la sorang mamat moto nak tolong. Aku mula-mula tak caye gak kat budak laki tu,muka lapanpulohperatus macam mat rempit sah-sah aku naktaknak jer dia tolong. Maybe muka aku obviously nampak macam tak caye kat dia, terus dia kol member dia suh datang tolong sama (ohh masa ni aku dah kepit purse aku kat ketiak, zip jaket yang aku pakai sampai leher hehehe) . Aku apalagi makin bertambah was-was ngan mamat nih. Mula la dok pikir bukan-bukan takut diorang planning nak rompak aku wakawaka. Takmo la camtu kan??negative thinking betullah.


So aku tolak cara lembut, aku cakap aku nak tolak jer moto aku nih agpon umah aku dekat jer pon. Tapi dia berkeras nak tolong. Aku pasrah. Tergoda jugak ngan pujukan dia eceheceh. Mamat tu pon tunda moto ngan kaki dia, aku plak steady dok atas moto sambil mulut terkumat-kamit  berzikir apa yang patut. Ermm dah sampai depan apartment aku hanya mampu ucap terima kasih  kat mamat tu and hulur la sikit apa yang patut. Dia tolak huluran aku, katanye dia ikhlas tolong. Tapi tulah orang berbudi kita berbahasa, aku letak jer sikit saguhati kat bakul moto dia tanda terima kasih.


UNTUK AWAK YANG TOLONG TUNDA MOTO SAYA TADI TERIMA KASIH BANYAK . HANYA TUHAN YANG MAMPU BALAS JASA BAIK AWAK. SAYA AKAN INGAT BUDI BAIK AWAK SAMPAI BILA-BILA







“Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8).