23 April, 2013

ReSepi : LaSagna KebabOOm

Assalamualaikum

Alhamdulillah bila mood terlebih rajin datang, mulalah dapur taw nak  berasap. Kalau nak harap hari hari masak memang tak la weh..balik keje sure dah penat balik umah terus terbongkang la.

Nak cakap lasagna aku sedap tahap kebaboom tak la jugak tapi menjadi buah mulut officemate aku taw. Sampai ada mintak resepi uolls rasa hidung kembang kempis 44 saat. Padahal resepi  ni pon aku google jugak. Maybe aura aku terlebih tu yang rasa lasagna memang takde tolok bandingnya..harus la puji hasil air tangan sendiri okehhh!!


So aku nak share resepi lasagna iolls

Bahan-bahan dia macam kat gambar bawah ni hah


Bahan bahan untuk inti daging :

Daging lembu kisar Ramly ( aku beli 3 bungkus sebab untuk perut 20 orang )

Cendawan butang Hosen

Bawang besar dan bawang putih ( ditumbuk )

Lobak merah ( potong dadu )

Cili ( kalau nak pedas boleh letak)

Serbuk black pepper

Tomata puree









Bahan bahan untuk sos putih :

Fresh milk @  lembu punya susu yang korang ternak pon bolehh =)

Butter 

Keju Cheddar

Tepung gandum ( tiada dalam gambar yer amik sendiri kat dapur korang)








Cara-cara nak buat inti daging :

1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau,lau tak bau sah hidung sumbat miahaha

2. Pastu campak jer daging kisar yang telah dicuci bersih. Cendawan butang, tomato puree ,lobak merah, cili, black pepper dan serbuk perasa ( garam)






 Tadaaa rupa inti daging macam kat atas tu la..yummeh!!


Sebelom terleka dek  dibuai inti daging yang superr sedap sila celur instant lasagna ( letak minyak sikit yer taknak bagi dia melekat )


Cara-cara nak buat sos putih :


1. Panaskan kuali dan cairkan butter

2.Masukkan fresh milk ( aku guna satu kotak )

3. Tiga sudu tepung gandum ( lau nak bagi pekat lagi boleh tambah )

4. Masukkan cheddar

5. Tambah sedikit garam ( keju cheddar dah masin jangan terover letak plak )

6. Rajin rajin la gaul supaya tidak berketul 


Cara- cara buat lapisan lasagna :

Sediakan loyang ( sapu butter sikit kat loyang) then boleh la letak inti daging untuk first layer bawah then diselang seli dengan inti daging, sos putih dan lasagna yang dicelur. Ulang step by step  untuk dapatkan layer lasagna yang bertingkat- tingkat.

Layer yang last sekali boleh la tabur mozzarella dan parmesan






Dan hasil dia akan jadi camni. Tak sabar nak tunggu masak okehhh meleleh dah air liur ni.So boleh la masuk dalam oven yang telah di`pre heat' 170 atau 180 celcius. Bakar dalam 35 minit.






Sambil nak tuggu lasagna masak boleh la upload gambar lasagna yang belum masak kat instagram, once dah masak upload sekali lagi okehh!!





Dah siaaaapp!! so tempting tahuuu. Boleh la share sikit ngan jiran sebelah yang super hottt sekarang. Boleh jugak hulur kat bos supaya bertambah sayang kat kita ...mihmih =)


Selamat mencuba

10 comments:

shu said...

terliur dipagi hari..

HaFizaH aYu said...

serbu SR la shu...nyum nyum

haz said...

perhhh seyes terliur tgk.. mesti sedapp kn.. post skit kt haz. hehe

HaFizaH aYu said...

haz sampai mjilat tapak tgn tahu...miahahaha xyah pos dtg jer umah ayu

Cik Tanpa Nama said...

alamak aiiiiii lapo terus baca cre2 nk buat dia ni..huhu
first time dtg sini...nice2...suka

HaFizaH aYu said...

CTN nati try la buat leh bg mak mentua mkn hehehe...tengs sudi snggh blog iolls taw

Ain Zulaikha said...

aduyyy tak menahan...
esok jugak nak gi buat..
lapar niiii

HaFizaH aYu said...

Ain esk msk sedap2 taw..pastu bg kt ayu cikit

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

deno said...

emmm terliur pula... :)

p/s: nak tempah watermark dengan deno? boleh.. kita bincang di fb.. like page Blog Dayang Deno.. pastu Hafizah boleh tinggal mesej kat sana, nak watermark macam mana :)