29 April, 2013

iLham Resort Part 2


Assalamualaikum
 
Ni antara entri yang berjaya diperam setelah sekian lama. Aku pon tak perasan dok dalam draf dah berbulan-bulan dari tahun lepas, memang totally basi tapi aku nak publish jugak okeehh. Ade aku kisah??Ni punyer cerita sambung dari entri  sini (lau rajin boleh la terjah).

Kitorang sampai kat resort hari tu dah petang so after berguling sakan and bergurau senda dalam swimming pool, malam tu memang tak hinggat dunia tido . Sedar pon dah maghrib, perut takyah dok cakap la memang mintak makanan dah.

 

Nite view sangat mengancam


Biasenya lau dah bercuti ni malamnya tak berBBQ memang taksah. Macam idok bercuti jer lau tak bako membako ni. So harus la kita bako ape yang ada. Sambil tunggu BBQ settle wajib ade welcoming song oleh penyanyi jemputan (Fati) ahaksss jemputan la sangat. Aku just import dia dari uitm shah alam,kira jemputan jugak la kan??


Kawan aku Nora, twins Fati & Nik





Wajib ada bila BBQ kena ada ikan pari & ikan cencaru, my feveret ever okehhh. Tenkiu bebanyak tuk 2 bos aku sebab susah susah jer hidupkan api  nak bako ikan-ikan ni. Lau takde bos mau ikan ni berenang-renang di lautan balik, kang susah hidup nak kejar ikan tuh mihmih. Sepatutnya anak buah yang buat tapi nasib dapat bos baik huntungggg kau tahuuu. Ohh yer BBQ ni pihak resort yang prepare just request nak ikan apa..lau nak ikan duyong ikan paus pi cari sendirikk!! kahkahkah


Alhamdulillah sesi melantak berakhir ngan jayanya.  Perut masing-masing dah macam pregnant 5 bulan,mata pon dah kuyu semacam. Hasrat mata memang nak tido arr tapi bos ngada-ngada la plak nak buat meeting tergempar. So malam tu lelap kul 3 pagi alkisahnya haruss la pakai collagen eye mask, untuk kelihatan berseri-seri & gojes  iolls taknak bangun esok pagi  mata macam panda.










Besok paginya bangun awal sebab nak berebut breakfast miahaha takut tak sempat makan almaklum la perut 15 orang ag tuh tak kurang hebat melantaknya. Nasi lemak dia best wehhh seyes berlemak-lemak sedap dia. Lepas settle memuaskan nafsu perut, iolls get ready  check out dah.



 
  



Sebelom check out kena la performe cikit macam kat atas ni, test anak tekak dipagi hari. Hey iolls boleh nyanyi lagu najwa latif okehhh..
'segala kata cacian yang telah berikan membuatku rasa kosong kosong' buwekkk muntah setengah baldi

 
Sape yang plan nak bercuti boleh terjah SINI

Bye =)

28 April, 2013

Jom Travel : Tasik KenYir

Assalamualaikum

Hari minggu lau bosan kat umah konfem kuar pi Mid valley takpon Leisure Mall, tapi aku  nak ubah cikit hobi yang perabih duit tu, nanti duit wat shopping boleh simpan buat kawen winkwink. So kali nie jom cuci mata tengok keindahan alam semulajadi plak lari dari hiruk pikuk  bandar gituh. Actually tak plan pon nak ikut housemate balik kampong dia kat Kuala Berang, tapi pucuk dicita ulam mendatang, apalagi kita terjah je lah.

Ni last minute punya plan, lepas keje haritu terus siap- siap ke Hentian Putra nak naik bas kat sana. Ini kira gamble la sebab tak beli tiket awal tapi alhamdulillah kira bernasib baik still ade tiket. Bas kalau nak ke kuala Berang  beli tiket bas Tasik Kenyir sebab lagi dekat compare to bas ke Kuala Terengganu. 

Alhamdulillah kul 4 pagi dah sampai umah member aku, so sambung tido balik. Pagi nanti baru kita explore Tasik KenyirDari umah member aku kat Sg Tong nak ke Kenyir tak lah jauh sangat pon dalam 30 minit gituh. Kira berbaloi 30 minit aku tu sebab kiri kanan pokok hijau merimbun ececehhh. Lagipon excited giler  okehh, first time sampai kat Kenyir.





Sampai sana terus laju berdesuuuppp kuar kete, get ready tuk photoshoot mihmih =).Tenkiu bebanyak dekat kak Yah (sepupu housemate aku) sebab sudi bawak kitorang jalan sini. Seyes kau bawak satria neo kau tu macam kete F1 ganas giler tahuu.


Tasik Kenyir is the largest man-made lake in South East Asia





Ya Allah tenang jer bila ade kat sini, ngan pokok nan menghijau merimbun, air yang tidak bergelora (aku try nak sepuitis mungkin nih hahaha). Kat kenyir ni bukan setakat boleh makan angin tapi banyak ag xtvt lain antaranya camping, jungle trekking and also water sport. Tapi minah sorang nie beria-ria sangat nak naik bot keliling pulau, macam la tak penah naik bot hahaha (aku lah tuw). Lagipon budak Irsyad and Ima pon beria-ria  jugak.


Nak naik bot bukannya free okeeh satu bot tu kena bayar dalam rm40 (pusing sebahagian pulau tu jer),max 8  orang dalam satu bot. Lau nak keliling satu pulau dekat ratus2 jugak so lau pegi ramai nanti boleh la tong tong bayar. Actually aku takut naik bot kat tasik sebab dari kecik otak aku dipesongkan dengan citer mitos Tasik Chini yang ade naga bagai tu bhahaha. Skunk dah besar dah boleh pikir logik, iolls dah tak takut hehehe.















Sambil bot pusing pulau boleh la feeling ala Titanic. Budak kecik boleh la tiru budak besar macam aku mau tak tenggelam bot. 












Rindu budak hensem ni


Bagi yang nak bermalam kat Kenyir pon boleh resort/chalet kat sini banyak. Nak ber'honeymoon' lagi la digalakkan bhahaha.


Antaranya:

Lake Kenyir Resort & Spa
Petang Island Resort
Kenyir Sanctuary Resort
Lake Land Resort
Musang Kenyir Resort

Nak lebih info boleh tengok SINI


p/s: Nanti korang boleh la plan bercuti ngan hubby and family kat sini =)

23 April, 2013

ReSepi : LaSagna KebabOOm

Assalamualaikum

Alhamdulillah bila mood terlebih rajin datang, mulalah dapur taw nak  berasap. Kalau nak harap hari hari masak memang tak la weh..balik keje sure dah penat balik umah terus terbongkang la.

Nak cakap lasagna aku sedap tahap kebaboom tak la jugak tapi menjadi buah mulut officemate aku taw. Sampai ada mintak resepi uolls rasa hidung kembang kempis 44 saat. Padahal resepi  ni pon aku google jugak. Maybe aura aku terlebih tu yang rasa lasagna memang takde tolok bandingnya..harus la puji hasil air tangan sendiri okehhh!!


So aku nak share resepi lasagna iolls

Bahan-bahan dia macam kat gambar bawah ni hah


Bahan bahan untuk inti daging :

Daging lembu kisar Ramly ( aku beli 3 bungkus sebab untuk perut 20 orang )

Cendawan butang Hosen

Bawang besar dan bawang putih ( ditumbuk )

Lobak merah ( potong dadu )

Cili ( kalau nak pedas boleh letak)

Serbuk black pepper

Tomata puree









Bahan bahan untuk sos putih :

Fresh milk @  lembu punya susu yang korang ternak pon bolehh =)

Butter 

Keju Cheddar

Tepung gandum ( tiada dalam gambar yer amik sendiri kat dapur korang)








Cara-cara nak buat inti daging :

1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau,lau tak bau sah hidung sumbat miahaha

2. Pastu campak jer daging kisar yang telah dicuci bersih. Cendawan butang, tomato puree ,lobak merah, cili, black pepper dan serbuk perasa ( garam)






 Tadaaa rupa inti daging macam kat atas tu la..yummeh!!


Sebelom terleka dek  dibuai inti daging yang superr sedap sila celur instant lasagna ( letak minyak sikit yer taknak bagi dia melekat )


Cara-cara nak buat sos putih :


1. Panaskan kuali dan cairkan butter

2.Masukkan fresh milk ( aku guna satu kotak )

3. Tiga sudu tepung gandum ( lau nak bagi pekat lagi boleh tambah )

4. Masukkan cheddar

5. Tambah sedikit garam ( keju cheddar dah masin jangan terover letak plak )

6. Rajin rajin la gaul supaya tidak berketul 


Cara- cara buat lapisan lasagna :

Sediakan loyang ( sapu butter sikit kat loyang) then boleh la letak inti daging untuk first layer bawah then diselang seli dengan inti daging, sos putih dan lasagna yang dicelur. Ulang step by step  untuk dapatkan layer lasagna yang bertingkat- tingkat.

Layer yang last sekali boleh la tabur mozzarella dan parmesan






Dan hasil dia akan jadi camni. Tak sabar nak tunggu masak okehhh meleleh dah air liur ni.So boleh la masuk dalam oven yang telah di`pre heat' 170 atau 180 celcius. Bakar dalam 35 minit.






Sambil nak tuggu lasagna masak boleh la upload gambar lasagna yang belum masak kat instagram, once dah masak upload sekali lagi okehh!!





Dah siaaaapp!! so tempting tahuuu. Boleh la share sikit ngan jiran sebelah yang super hottt sekarang. Boleh jugak hulur kat bos supaya bertambah sayang kat kita ...mihmih =)


Selamat mencuba