31 December, 2012

Di ambanG 2013


            Assalamualaikum 
Malam ni rajin plak nak menaip. Bangga jap sehari boleh update 2 kali besok 3 kali sehari barangkali. Insyaallah kalau istiqamah dan komited dalam melakukan sesuatu perkara sumer tu akan tercapai tak gitu??Tepuk dada tanya minda. Neway,azam tahun lepas camne?? tercapai atau tak??apa..tak tercapai dont worry usaha kuat ag taw jangan mengalah.Tak salah nak carry forward azam atau impian tahun lepas,kita tunaikan tahun 2013 yer awak.


 Okeh arini memandangkan rajin update aku nak kongsi sikit sebanyak suka duka yang berjaya ditempuhi tahun 2012. Boleh aku katakan 2012 banyak mengajar erti kehidupan.
Bila masa anda meningkat dewasa,makin banyak dugaan yang datang dan hanya Allah  yang tahu macam mana perasaan bila menghadapi sesuatu rintangan dalam hidup. Bila masa kita diatas kita lupa yang dibawah dan bila jatuh baru kita terhegeh sedar. Aku akui tahun 2012 banyak mengajar aku sifat sabar sabar dan sabar.Tu takpe lagi,nak bertahan ngan perangai manusia lah yang banyak masalah,masing masing nak ikut kepala sendiri.Tapi alhamdulillah bila dah terbiasa,sumer under control.Kata dah matured kan??


Selain tu, tahun 2012 jugak la merubah persepsi aku pada sesetengah perkara. Banyak bende aku tak tahu jadi tahu. Banyak bende yang berisiko kalau kita positif insyaallah hasilnya pon positif. Jom sama sama kita berdoa semoga tahun baru nanti membawa seribu kemanisan dan kejayaan serta marilah sama sama menuju gerbang perkahwinan...eehhh melalut plak >____<

Aku jugak nak berterima kasih tak terhingga untuk orang yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang aku.Sentiasa bersama dalam bangun jatuh aku sepanjang mengejar impian (macam baru lepas terima award lah plak minah nih)





"Dalam dunia sebenar bukan orang pandai yang tampil ke hadapan tetapi mereka yang berani."


SEE YOU ON NEXT POST

p/s: Jap ag aku post peace yo!!

No comments: