31 December, 2012

Di ambanG 2013


            Assalamualaikum 
Malam ni rajin plak nak menaip. Bangga jap sehari boleh update 2 kali besok 3 kali sehari barangkali. Insyaallah kalau istiqamah dan komited dalam melakukan sesuatu perkara sumer tu akan tercapai tak gitu??Tepuk dada tanya minda. Neway,azam tahun lepas camne?? tercapai atau tak??apa..tak tercapai dont worry usaha kuat ag taw jangan mengalah.Tak salah nak carry forward azam atau impian tahun lepas,kita tunaikan tahun 2013 yer awak.


 Okeh arini memandangkan rajin update aku nak kongsi sikit sebanyak suka duka yang berjaya ditempuhi tahun 2012. Boleh aku katakan 2012 banyak mengajar erti kehidupan.
Bila masa anda meningkat dewasa,makin banyak dugaan yang datang dan hanya Allah  yang tahu macam mana perasaan bila menghadapi sesuatu rintangan dalam hidup. Bila masa kita diatas kita lupa yang dibawah dan bila jatuh baru kita terhegeh sedar. Aku akui tahun 2012 banyak mengajar aku sifat sabar sabar dan sabar.Tu takpe lagi,nak bertahan ngan perangai manusia lah yang banyak masalah,masing masing nak ikut kepala sendiri.Tapi alhamdulillah bila dah terbiasa,sumer under control.Kata dah matured kan??


Selain tu, tahun 2012 jugak la merubah persepsi aku pada sesetengah perkara. Banyak bende aku tak tahu jadi tahu. Banyak bende yang berisiko kalau kita positif insyaallah hasilnya pon positif. Jom sama sama kita berdoa semoga tahun baru nanti membawa seribu kemanisan dan kejayaan serta marilah sama sama menuju gerbang perkahwinan...eehhh melalut plak >____<

Aku jugak nak berterima kasih tak terhingga untuk orang yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang aku.Sentiasa bersama dalam bangun jatuh aku sepanjang mengejar impian (macam baru lepas terima award lah plak minah nih)





"Dalam dunia sebenar bukan orang pandai yang tampil ke hadapan tetapi mereka yang berani."


SEE YOU ON NEXT POST

p/s: Jap ag aku post peace yo!!

iLham Resort Part 1


        Assalamualaikum ini lumrah or habit terbaru aku simpan berbakul citer berbulan lepas,asyik terperam dalam draft sampai lupa nak post,my bad la kan asyik buzy jer memanjang.Time student banyak masa,masuk jer alam keje makaihh 24 jam pon rasa tak cukup.Tido boleh plak berjam-jam sampai tak nak bangun haisshh teruk bebeno.Dah dah!! cukup la membebel macam Mama (haisshh tetiba teringat kat mak) mari ikuti kisah pengembaraan aku ke PD haritu.
 
Alhamdulillah selamat sampai kat sana dalam kul 1 pm,gerak bukan main awal dari kl tapi jammed bapak panjang kat r&r seremban.Fuh!!taw tak bab jammed ni la wat patah semangat nak berjimba, mood dah terbang sangat kesian taw.
 

 

 
 






So,kali ni kitaorang menginap kat ilham resort tanjung biru,wah first impression sangat baik ,view dia boleh dikatakan ohsem jugak la first time katakan datang sini sumernya nampak ok,cuba 2 3 kali tentu kurang ohsem bhaahaaha.Untuk pengetahuan korang ilham resort ni  PNB yang punyer,kaya la korang kan heheehe.


                             




 


Lepas check in jer terus acara serbu menyerbu bilik,sangat eksaited okehhh!!tak sabar nak tido kat katil empuk katakan,konfem esok pagi susah nak bangun.So,bilik kitaorang booking ni apartment 3 bilik nak sumbat 6 orang pon muat ag,dengan syarat harus kecik molek macam aku.




View pon okeh la berdepan dengan swimming pool,bawak la siap siap binokular nanti cari port best tuk skodeng.Aku cuma syor kan jer aku baik aku tak wat bende tak elok camtu kihkih usha dari jauh jer la kan.Kebetulan masa pi sana ada satu family trip, sumer ganteng deh...tapi malangnya sumer bawak isteri haisshh melepas lagi,lau tak nanti boleh wat entri Cintaku Berputik di iLham Resort.





Nampak bilik nampak katil campak barang harus la berpusu-pusu ke swimming pool,sumer nak tunjuk jaguh berenang macam platipus.Pic tak dapat nak upload sebab sorang sorang nampak macam platipus bhahaha.




Kat atas ni member aku Ida,dia la yang teman aku tido malam tu.Thanks Ida sebab sudi turun dari Kuala Pilah semata-mata nak teman aku berholiday.Insyaallah lain kali boleh la jadi travel partner aku ag.Gaya dah macam Ibu dan anak boleh jadi cover majalah Harmoni barangkali.
.

 
Will be continue.....spoil mood korang nak baca kan??
sajer nak wat suspen
                                    

Tunggu kat Part 2 plak yer!!