12 July, 2011

JangaN MenYerah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah
Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!

Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,

Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku

credit to iluvislam.com


p/s: Tuhan lebih tahu apa yang berlaku, sebagai manusia biasa tak terjangkau dek pemikiran apa yang Dia rencanakan dalam diari hidupmu, kau perlu kuat sahabat jangan kau kurungkan dirimu dalam hidup yang suram..bangkit sahabatku dan aku mahu kau tahu, aku tetap berada dekat denganmu.

No comments: