12 July, 2011

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!!
















Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada.

Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar.

Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran Tuhan, sungguh Dia yang Maha Pencipta, sejauh mana atau dimana kita berpijak sekalipon lihatlah kebesaranNya, jangan lupa diri jangan riak dengan apa yang kita ada kerana itu semua adalah pinjaman dariNya semata mata.

Cukuplah setakat ini untuk muhasabah diri sebelum kita menutup mata,tanda mata mengantuk tahap syaitan dok berjogging kat kelopak mata.

Bye korunk.

p/s : nape bila upload pic dia cam crystallize??

JangaN MenYerah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah
Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!

Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,

Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku

credit to iluvislam.com


p/s: Tuhan lebih tahu apa yang berlaku, sebagai manusia biasa tak terjangkau dek pemikiran apa yang Dia rencanakan dalam diari hidupmu, kau perlu kuat sahabat jangan kau kurungkan dirimu dalam hidup yang suram..bangkit sahabatku dan aku mahu kau tahu, aku tetap berada dekat denganmu.