25 June, 2011

Aku bukannya Baik sanGat pon taPi xsalah kalaU nak upgrade Slow-slOw

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Kali ini aku bukan nak cerita pasal mati, rangkap-rangkap diatas hanya penyedap bagi pembukaan yer tuan puan cik dato datin...hahaha tapi kali nih aku nak bangkitkan sunnah-sunnah yang diamalkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah:

Pertama 

Amalkan solat tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Selalunya surah yang diamalkan adalah bacaan al-ma'thurat itupon dah cukup bagus untuk permulaan.

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat

Jaga solat Dhuha sebab kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Aku rindu sangat-sangat masa form 6 dulu sebab selalu solat dhuha secara jemaah ngan member. 


Kelima

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Selalu amalkan melafazkan kalimah " Ya Allah" bagi aku kalimah inilah kalimah yang dapat tenangkan fikiran aku.

Sekian.

Kena usaha untuk jaga tujuh sunnah nih, untuk kebaikan diri gak an..so selamat beramal korunk.

Sharing is Caring

01 June, 2011

CinTa YanG TerinDaH

Assalamualaikum..

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Ada yang memburu cinta seorang wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta hakiki yang tidah pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang layak dikejar.

Disini aku ingin kongsikan petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah. Jadikan ia amalan dalam hidup kita seharian. Tak salahkan kalau kita sama-sama lakukan perubahan. Berubah kearah yang lebih baik itu sangatlah dituntut. Insyaallah dengan izinNya semuanya akan diredhai.

1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa soal dan alasan. 

2.Redha atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika berlaku musibah.

3.Kerahkan segala anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga lidah.

4.Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.

5.Ikhlas.Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanyalah semata-mata untuk mendapatkan    keredhaanNya.

6.Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.

7.Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan lakukanlah yang lain pula.

8.Aktif. Seorang  hamba yang betul-betul mencintai Allah akan menjadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.

9.Pinta.Jangan menganggap bahawa dengan  amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.

10.Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.

11.Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa tidak sedap hati saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan  menjauhkan diri dari maksiat.

Ketahuilah cinta Allah perlukan mujahadah. Cinta Allah yang begitu agung dan suci pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah  tidak semudah yang disangka. Sudah adat, setiap yang mahal sukar untuk mendapatkannya. Bandingkannya seperti pasir dengan permata. Pasir murah harganya kerana ia boleh dicari dimana-mana. Sebaliknya mutiara begitu tinggi nilainya, maka perlu kepada usaha untuk menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya. Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.

Sejauh manakah cinta kita kepadaNya??

Insyaallah aku akan cuba kongsikan apa yang aku dapat melalui pembacaan sekurang-kurangnya dalam kehidupan seharian kita tidak akan lupa pada Yang Maha Pencipta.

"Sampaikanlah dariKu walau sepotong ayat "

Petikan dari Solusi Isu 23