31 December, 2011

Be niCe to me 2012

Assalamualaikum..fuh fuh giler berhabuk blog aku nih.Tulah nak masuk 2 bulan dah blog aku terkontang-kanting.Takde sape nak amik peduli, tuan dia jangan harap ar nak hupdate tiap hari ermm mau tak blog ni terpinggir camtu jer..hemohemo(gelak mcm mirmo zibang dong).

So amacam tahun 2011 korang?konfem everythings goes well right?lau xok sangat tu adat la kan dunia ni banyak cabaran onak duri, hanya yang betol2 kuat, tabah akan terus mara ke depan.Dan alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk hidup dan menyedut udara tanpa bayaran.Oh yer tahun baru 2012 bakal tiba,so wishlist korang mesti dah berjela-jela kan?banyak azam tahun lepas yang xsempat tertunai masuk skali dalam wishlist 2012.Tak kisah la tahun lepas xjadi kawen k, tahun lepas nak pergi korea tapi pokai, nak pakai keta besar tapi  xmampu nak bayar  insyaallah tahun 2012 it will bring u to a new life,asal ade usaha sumer boleh jadi kenyataan la kan.

Wishlist aku tuk tahun ni totally change..not only focus on working but more than that,yeahh gonna start my new life as a new person. More positive and open minded.Insyaallah banyak bende aku nak buat, sumer tu tuk kebaikan aku dan yang paling utama tuk family aku.



2011 bakal melabuhkan tirai dan 2012 bakal mengiringi, moga segalanya akan memberi nafas baru tuk aku berjuang atas mula bumi nih tuk jadi insan yang lebih baik dan juga seorang hamba yang patuh dan taat kepada Maha Pencipta. Amin

So, azam korang apa lah?it would be nice if we share right..

30 October, 2011

20 Muhasabah HariaN

Assalamualaikum..sebelom mata terpejam dan kepala melentok atas bantal bucuk masing- masing, apa kata kita sama-sama muhasabah seketika.
Disini aku nak kongsikan 20 cara muhasabah diri.Insyaallah kita sama-sama memperbaiki amalan kita yer sayang-sayangku

  • Sembahyang 5 waktu
  • Beristighfar/bertasbih setiap hari
  • Berzikir mengingati Allah
  • Berpuasa sunat
  • Mengerjakan solat-solat sunat
  • Berselawat kepada Rasulullah
  • Bersyukur di atas nikmat Allah
  • Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
  • Memaafkan kesalahan orang lain
  • Menghubungkan  silaturrahim
  • Memberi nasihat yang baik kepada manusia
  • Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
  • Menziarahi orang sakit/miskin 
  • Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
  • Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
  • Mencegah kemungkaran bila melihatnya
  • Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
  • Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
  • Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
  • Menjadi seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah 

tengs sudi baca..nite dear readers

09 September, 2011

Kenangan abadi

Assalamualaikum
Hehehe tetiba jer hupdate blog err bukan ape  sayangku sekalian, resah jer hati nie,
nak tido malam belom tentu lena sebab dalam lubuk jiwa nie berkobar-kobar tau bila la nak hupdate blog bila la nak hupdate esok la hupdate err tak besok lusa, tak lusa tulat panggg!! panggg!! tetiba rase nak nampor pipi i bak pauh terlayang. Last last blog tak hupdate, mulut jer dok nganga luas luas sampai housemate suap nangka kat mulut pon belom tentu sedar diri makin telan buah nangka tu ade la. Maaf la yer kebelakangan ni keje tak menentu, balik keje petang konfem malam tu terkulai layu, lau de yang sorong bantal gerenti aku tarik bantal tu wat tido terus. Letih  sangat tu jer yang terluah!!bahu rasa nak patah 7, kaki plak cam tak berpijak kat bumi dah.

Tiada masa tuk diri sendiri!!
Time camgini la rindu sangat ngan waktu i study dulu dulu. Even study sampai lebam dalam kelas pon still boleh enjoy tuk diri sendiri. Nak makan nasi lemak time lecturer kat depan k, nak tido sampai air liur basi 100 meter kedalaman skalipon takde sape peduli.Lau de yang nak tegur pon "Yer kamu yang disana tu (sambil halakan tangan macam tunjuk arah) lau nak tido pon jangan la bagi saya nampak,takpon kamu kuar dari kelas saya" ayat ni adalah sangat kool tuk saya..hohoho

DSCN2680
Bangun-kenyang perut-sambung study balik

SS1
Aku bukan sendirian kerna aku ade mereka
Tapi skunk pon boleh wat sesuka hati kau jer joyah..pandai wat pandai tanggung, pandai keje pandai la kau jawab sumer kesalahan yang tersalah tu!!Beban makin besar nak dikendong nih hah, badan sendiri pon berat cam gajah beranak lapan ada hati nak galas beban??Tanggungjawab tu ag satu hal, kau pandai wat pandai la gak tanggung risiko yang bakal menjelang tiba.

Hidup ibarat anak-anak yang keriangan bila jumpa lopak air,hidup tersenyum saat ada orang bagi gula-gula haruslah dijadikan sebagai kenangan dalam kepala. Masa skunk adalah tuk jadi lebih matang. Masalah nyer skunk diri rasa tak matang matang. Bila kena marah cikit abis bertakung air mata nih hah, bercucuran nangis cam anak kecik huhu giler loser. Aku faham bila kita dialam pekerjaan ni banyak bende yang kena n terpaksa belajar, semua orang membesar tetapi tak semua orang menjadi dewasa.

DSCN2849
Rindu plak waktu camni

DSCN2843
Miss them sooo much!!hidup yang riang ria


Adoiii kalau la waktu tu boleh diundur semula..errmm @__@

12 July, 2011

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!!
















Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada.

Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar.

Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran Tuhan, sungguh Dia yang Maha Pencipta, sejauh mana atau dimana kita berpijak sekalipon lihatlah kebesaranNya, jangan lupa diri jangan riak dengan apa yang kita ada kerana itu semua adalah pinjaman dariNya semata mata.

Cukuplah setakat ini untuk muhasabah diri sebelum kita menutup mata,tanda mata mengantuk tahap syaitan dok berjogging kat kelopak mata.

Bye korunk.

p/s : nape bila upload pic dia cam crystallize??

JangaN MenYerah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah
Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!

Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,

Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku

credit to iluvislam.com


p/s: Tuhan lebih tahu apa yang berlaku, sebagai manusia biasa tak terjangkau dek pemikiran apa yang Dia rencanakan dalam diari hidupmu, kau perlu kuat sahabat jangan kau kurungkan dirimu dalam hidup yang suram..bangkit sahabatku dan aku mahu kau tahu, aku tetap berada dekat denganmu.

25 June, 2011

Aku bukannya Baik sanGat pon taPi xsalah kalaU nak upgrade Slow-slOw

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Kali ini aku bukan nak cerita pasal mati, rangkap-rangkap diatas hanya penyedap bagi pembukaan yer tuan puan cik dato datin...hahaha tapi kali nih aku nak bangkitkan sunnah-sunnah yang diamalkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah:

Pertama 

Amalkan solat tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Selalunya surah yang diamalkan adalah bacaan al-ma'thurat itupon dah cukup bagus untuk permulaan.

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat

Jaga solat Dhuha sebab kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Aku rindu sangat-sangat masa form 6 dulu sebab selalu solat dhuha secara jemaah ngan member. 


Kelima

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Selalu amalkan melafazkan kalimah " Ya Allah" bagi aku kalimah inilah kalimah yang dapat tenangkan fikiran aku.

Sekian.

Kena usaha untuk jaga tujuh sunnah nih, untuk kebaikan diri gak an..so selamat beramal korunk.

Sharing is Caring

01 June, 2011

CinTa YanG TerinDaH

Assalamualaikum..

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Ada yang memburu cinta seorang wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta hakiki yang tidah pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang layak dikejar.

Disini aku ingin kongsikan petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah. Jadikan ia amalan dalam hidup kita seharian. Tak salahkan kalau kita sama-sama lakukan perubahan. Berubah kearah yang lebih baik itu sangatlah dituntut. Insyaallah dengan izinNya semuanya akan diredhai.

1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa soal dan alasan. 

2.Redha atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika berlaku musibah.

3.Kerahkan segala anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga lidah.

4.Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.

5.Ikhlas.Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanyalah semata-mata untuk mendapatkan    keredhaanNya.

6.Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.

7.Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan lakukanlah yang lain pula.

8.Aktif. Seorang  hamba yang betul-betul mencintai Allah akan menjadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.

9.Pinta.Jangan menganggap bahawa dengan  amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.

10.Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.

11.Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa tidak sedap hati saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan  menjauhkan diri dari maksiat.

Ketahuilah cinta Allah perlukan mujahadah. Cinta Allah yang begitu agung dan suci pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah  tidak semudah yang disangka. Sudah adat, setiap yang mahal sukar untuk mendapatkannya. Bandingkannya seperti pasir dengan permata. Pasir murah harganya kerana ia boleh dicari dimana-mana. Sebaliknya mutiara begitu tinggi nilainya, maka perlu kepada usaha untuk menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya. Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.

Sejauh manakah cinta kita kepadaNya??

Insyaallah aku akan cuba kongsikan apa yang aku dapat melalui pembacaan sekurang-kurangnya dalam kehidupan seharian kita tidak akan lupa pada Yang Maha Pencipta.

"Sampaikanlah dariKu walau sepotong ayat "

Petikan dari Solusi Isu 23

31 May, 2011

SyuKur iTu LeBih beSar nikmaTnya

Assalamualaikum..

Pernah tak korang terfikir paling takpon pernah terlintas kat hati korang  "Bestnya hidup orang tu..dah la lawa nak mampos, kaya plak tu, study obeci lagi, eh eh papa dia dato' la mama dia plak datin..pergh pergh ni dah lebih-lebih. Situasi ini kadang-kadang membuatkan anda teringin giler dan meracau-racau nak jadi orang tu dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?? Nampak bebeno nipunya kalau korang cakap tak pernah. Aku kerap jugak la dalam situasi macam ni.

Kadang-kadang kita merasakan hidup yang kita lalui kalau nak dibandingkan dengan orang lain di sekeliling amat membosankan tak ceria langsung. Hidup orang lain best-best, sumer bende nampak syok belaka. Jarang sekali kan kita nampak orang lain hidup dalam keadaan muram durja ataupon dalam kesusahan dengan masalah yang tak abis-abis.

Yang menambahkan lagi kesedihan dan kemuraman kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan di duniawi contohnya naik pangkat la, beli kereta besar la, suami yang kacak giler la , anak-anak sumer dah berjaya dalam pelajaran la dan macam-macam 'la' nikmat duniawi... ermmm 'la' kat belakang tu penyedap ayat k!! dan diakhirnya kita akan mula bermonolog " kalaulah aku jadi dia kan best tentu syok abis".

Wake up guys, ada ke orang yang nak ceritakan masalah dia kepada orang lain tambah-tambah orang yang suka memendam perasaan? Hakikatnya, manusia ni lebih cenderung menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain dan sorokkan segala masalah yang ada. Biarpon masalah tu kadang-kadang boleh bikin kepala meletup bila-bila masa jer. Tapi ada gak manusia yang jenis suka mengeluh takpon mengadu tentang masalah yang dihadapi at last pendengar kepada masalah tu plak yang pening memikirkan masalah korang tu.

Korang tak tau maybe situasi sukar yang dialami hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu sahaja yang betul-betul memahaminya. So , kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja sedangkan lara dalaman dia kita tak tau pon. Mungkin kehidupan orang tu lagi rumit dari kita, cuma dia tidak zahirkan kepada kita. Who's know??

Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu kan?? Aku tak nafikan, aku pon pernah terfikir camtu. Tetapi pernah tak kita fikir, kenapa kita perlu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan mengangkat orang lain sampai membuatkan kita rasa hina, low self-esteem dan lain-lain yang sewaktu dengannya??

That's why wujudnya sifat syukur. Orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sampai membuatkan dirinya rasa sedih dan tertekan. Apa yang aku nak tekankan dekat sini  redhalah dengan pemberian yang sedikit dan gembira dengan apa yang kita dapat. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha, berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Orang lain pon perlu usaha untuk capai ke tahap dia berada sekarang bukan semuanya turun dari langit.

Dan ingatlah :

"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...."


Photobucket

psstt: Ni pon untuk peringatan untuk kita bersama dan diri sendiri gak 

30 May, 2011

GaYu Guru GeRai Nyamai

Assalamualaikum...

Harvest Festival or Gawai Dayak falls on every 1st of June. As I living in Sarawak, the land of plentiful visiting Dayak friends at longhouses is always a much looking forward to occasion every time at Gawai. This time round, Gawai is a bit quiet right?? I'm just talking to myself . Not that we're celebrating it but like as usual we would be invited to longhouses to celebrate with friends who are celebrating. Due to circumstances we were unable to attend any of our friends' Gawai open house this time.My uncle keep babbling to me untill my ears can't stand for it. However it's useful advise and it's for my own safety. I guess you know what i mean.
So here i am, just spent Gawai holiday at hostel with 'entah pape' xtvt like gossiping,eating,blogging all night long and also watching Nora Elena that i just downloaded it last nightAnyway  thanks to my colleague Laura who's invited me to celebrate Gawai Dayak this year at her place. As I mention above i can't go there and i'm dead meat if i go along with you. Sobs sobs what the hell that i can't celebrate it with my sarawakian girls. Don't ask me how they celebrating Gawai. I have no point to talk bout it. Read this article about Gawai dayak that's i just got from wikipedia.
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965. 
Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut. 
1003
Pic credit to my colleague Nadia Alida

Wishing all my Sarawakian friends who are celebrating Gawai and all malaysian

GAYU GURU GERAI NYAMAI, SELAMAT ARI GAWAI! 

25 May, 2011

PartY BesdaY aKu yanG lasT

Assalamualaikum...

Semalam geng-geng budak semenanjung aras 2  dan 3 hostel pakat dok serang bilik aku...cakap nak bincang pasal tiket free perjalanan dari kuching ke kl. Depa cakap ade masalah cikit berkenaan luggage dan kitaorang kena support separuh dari harga tiket tu. So aku mati-mati percaya siap nak kol  ag bahagian pengurusan latihan. Yelah mana adil sebelum ni semua pihak KKM tanggung perjalanan pergi dan balik   tup tup nak suh bayar plak. Tapi depa nie pandai wat gimik rupa-rupanya nak suprisekan kami berlima. Nape berlima?? sebab bulan mei ni bukan aku sorang jer yang lahir kat dunia masa tu...aku ada geng-geng aku yang lahir sama bulan tapi lain-lain tarikh dan berlainan waktu..so nak jimat kos kena kumpulkan besday girl menjadi satu dan celebrate sama-sama.


DSCN2628
A lovely cake for 5 lovely girl - aku,niza,dhiya,shazwani and angah

DSCN2643 (2)
You know what...i really luv to eat cake

DSCN2630 (2)
Focus to the creamy cake...nyum nyum


Besday aku aritu 8 Mei dan roomate aku 18 Mei, memang satu kebetulan hanya beberapa hari jer yang membezakan aku dan roomate aku. Dan yang 3 0rang ag tu xperlu kot aku mention tarikh hehehe nanti en3 ni panjang berjuntai plak. Ape yang aku nak kongsi kat sini before aku sempat melahap kek tu, bila satu tragedi yang tidak berdarah tapi hampir buat aku kena strok berlaku. Plak tu cun-cun lepas kami berlima tiup lilin, seyes tragedi air panas tumpah memang gerun, sampai ada yang menggelupur macam ikan naik ke darat wei... nasib baik air panas tu kena sikit jer kat kain batik aku pakai semalam kalau tak sah-sah pi hospital dan melahap kek  kat sana. Alhamdullillah tiada mangsa yang cedera parah, 3 orang melecur sikit dan seorang selamat dari tragedi serta aku yang jadi mangsa yang   tak berapa parah.

Dan syukur sangat-sangat sebab tiada adegan siram-menyiram budu,air milo, telur busuk mahupon sebarang bentuk gurauan tambahan. Seyes aku takut lau orang nak kenakan aku sebab aku tak penah kena macam orang lain sampai bersiram dengan budu bagai...hahaha i'm  the lucky one kot. Bende-bende macam nie dah macam trend dah sebenarnya dalam geng aku dan korang pon mesti penah dajalkan orang gak an?? tak yah la pura-pura baik ngan aku...tengok hidung pon aku dah tau. Plus korang ada kawan yang gila-gila tak ingat dunia huru-hara dibuatnya. But for me, those little things will remain as memory la...bila ingat balik sah-sah dok senyum cam kerang busuk even korang didajalkan seteruknya.

Ini la penghujung ataupon sisa-sisa kenangan yang akan dicanai sebelum  aku dapat posting keje. Tak lama ag aku akan tinggalkan bumi sarawak, tempat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, persahabatan mahupon cinta yang tidak kesampaian...huhu so sebelum perpisahan itu tiba apa kata kita enjooooooy!!!


12 May, 2011

HappY NurSes DaY


Buka mata, buka minda, buka hati anda...aku bukan hendak mengeluh tapi sekadar meluahkan ape yang terpendam di lubuk sanubari yang paling dalam..ehem ehem biasa la malam2 ayat nak puitis jer. Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari jururawat khasnya untuk jururawat seluruh malaysia, lau nak over ag seluruh dunia la..tapi aku tau jururawat obeci mana la nak baca blog picisan nih.Ucapan selamat ni jugak khas tuk kamu-kamu yang penah dirawat atau pon lebih tepat yang penah kena cucuk kat bontot oleh jururawat sekalian..aku turut simpati kat korunk hahaha..(gelak cara sopan)


Straight to da point...hari jururawat secara rasminya telah diraikan pada 12 Mei pada setiap tahun, dimana tarikh ini dipilih sempena mengingati tarikh kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820. FN ni merupakan seorang jururawat yang berkaliber, lagi bersemangat waja dalam mempertahankan karier jururwat pada masa lampau.Lau nak tau lebih-lebih korunk google la sendiri yer.ape guna google lau xguna ya dak?? Ape yang aku ingin perkatakan pada slot ni, aku ingin luahkan ape yang aku rase selama menjadi seorang pelatih jururawat. Ya aku tau karier seperti aku tidak la se'hawt' karier2 diluar sana, karier aku biasa-biasa sahaja hanya mendapat tempat disesetengah masyarakat.


Ya, aku kecewa...sangat kecewa ngan tanggapan setengah masyarakat yang menganggap karier ini tidak menjamin masa depan, karier ini jijik, karier ini  hanya  dipilih apabila terdesak. Mungkin bukan sumer beranggapan begini tapi inilah kenyataan sesetengah owang yang penah aku jumpa..dan xkurang jugak owang yang menyokong karier aku nih..Ya, dulu aku pon bodoh2 gak xtau ape keje sebenar seorang jururawat tapi aku belajar dari bawah apa itu jururawat yang sebenar..Ternyata karier ini mengalas bebanan yang besar, nyawa pesakit ditangan kami apa-apa yang berlaku kamilah yang harus bertanggungjawab...dugaan makin berat apabila terpaksa melayan karenah pesakit yang bermacam ragam dan ditambah plak ngan karenah doktor yang kadang2 wat aku pening kepala tahap nak hantuk kepala kat katil hospital.


Ya, aku mengaku karier ini bukan pilihan aku, bukan kehendak aku...tapi demi menjaga hati pihak2 tertentu aku pasrah, aku akur...sebab aku tau Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Dan aku tak lupa kata-kata seorang hamba Allah nih :


Lakukanlah sesuatu pekerjaan itu  dengan seikhlas mungkin walaupun kamu tidak suka akannya ...mungkin suatu hari Tuhan akan memberikan apa yang kamu idam-idamkan hasil dari penat lelah yang dilakukan.


Ya, aku mengaku selama aku bergelar pelatih jururawat banyak dugaan aku tempuhi, banyak benda aku perlu korbankan...penat memang penat, belajar sambil bekerja (praktikal) memang menguji kecekalan jiwa malahan mental...pernah aku hampir2 putus asa utuk tidak meneruskan karier ini tapi apakan daya..ada hati yang perlu aku jaga. Bukan setakat itu, aku juga berat hati apabila terpaksa melihat pemergian rakan seangkatan yang pergi meninggalkan kami selama-lamanya.Ya, dia mempunyai cita-cita yang sama, mempunyai satu impian untuk menjadi seorang jururawat professional. 


Dan ape yang wat aku terharu adalah bila perkataan Terima Kasih terpancul dari bibir pesakit. Ada sesuatu yang menusuk kalbu, ada suatu perasaan aneh yang membuatkan aku tuk terus berbakti. Ntah aku pon xtau ape sebenarnya perasaan tu, xdapat diluahkan. Ya, aku takut, takut tuk melihat mereka yang bergelar pesakit tiada di depan mata..betapa rase bersalahnya diri bila aku yang bergelar pelajar hanya mampu melihat, hanya mampu menolong sekadar yang mampu...aku sebak, sebak bila mendengar raungan dari keluarga pesakit. Aku manusia biasa tidak sekuat yang disangka..aku lemah, lemah dalam menangani emosi.


Tapi hanya satu perkara yang membuatkan aku bertahan dalam karier ini...aku ingin menjadi manusia yang berguna, menjadi manusia yang sentiasa berbakti kepada mereka yang memerlukan walau dipandang rendah sekalipon...kerna mungkin suatu hari aku akan menggantikan tempat pesakit-pesakit itu.




- SELAMAT HARI JURURAWAT -

-Maaf en3 panjang bebeno....terlebih emo, tambah ngan OSCE xabis2 ag
-tQ reading this en3 guys

27 February, 2011

Zaman hingusan aku...

Assalamualaikum...kitak owg sihat sik?? lelengau (iban: rindu) ngan blog tok (xfaham nape pagi2 cmni nak ckp iban) okeehh back to normal kang aku klakar (cakap) iban korang xfaham plak,nati aku wat en3 spesel cakap bhs iban...nak x nak x??So b4 aku nak kuar enjoy sat ag,aku tekad nak hupdate blog...lama giler xhupdate rase cam blog nie dianaktirikan oleh ibu kandung sendiri.

Entah hantu mana yang rasuk pagi ni, tetiba teringat zaman muda2 dulu, tiap kali dok tenung pic2 lama zaman sekolah yang sememangnya budak hingusan...aku sendiri segan n gelak sampai nak kuar anak tekak, lucu weii bila tengok pic2 tu balik...tapi ape yang aku suka bila momen tu kita flashback, macam syok jer n zaman muda-mudi dulu la sumer bende nak cuba, sumer bende nak tahu n sumer bende nak pink an??

from left : k.asmat.fazwa.janah.faezah.fatihah.aku.farah.napie

Perggh sungguh sadis tengok pic diatas innocent an??ternyata mmg budak hingusan la aku cakap sama lu.Masa tengok pic ni la aku dok gelak2 bila teringat balik lif berhantu kat Heritage Hotel...korang mesti tau an katne hotel ni...aku dah amnesia dah, hotel yang tmpt aku stay ni ngeri gak arrh meremang bulu roma aku lagi2 lif dia yg berabad lama, yg orang British wat angkut bhn galian dari terowong bawah tanah tu...nway cantik x uniform skool kitaowg??time ni aku librarian so tema pink menjadi pilihan ati n aku nampak kiut giler lam pic nih(perasaan perasan menebal)...wat bodo jer la ngan aku yang xtau hala tuju nih

Poyo jer aku posing

Geng giler pink VS geng giler putih

Lau xcilap  pic ni ari ke-2 kitaowg kat kl, pas pi klcc sumer cikgu aku bawak lepak2 kat putrajaya...mmg teruja sebab kagum ngan senibina kat cini...sampai skunk aku suka lepak kat cini tiap kali aku blik semenanjung n my bro jadi mangsa bawak aku pi sana cini...tQ my sweet bro luv u muah muah!!!

Kitaowg dah cam belangkas...asyik berkepit takut sesat dow
Akibat semangat patriotik yang tinggi cam gunung tu gak la, aku n da geng pi tugu negara..kat cini aku borong souvenier banyak2 punya la tamak budak nie...last2 hilang camtu jer tanpa tinggalkan jejak. 

Seingat aku kitaowg kat kl 3 ari..rasa cam nak undur blik waktu2 cam gni,mana x nyer ngan kos rm150 leh pusing2 kl 2-3 kali still kitaowg leh hidup,  punyer la murah ni sumer cikgu Asiah punyer pasal dia la yang handle, murah sangat2 xcam skunk xsah xde duit berkepok2 lam poket an..

Tapi sumer tu hanya tinggal kenangan, aku dah tua huhuhu tapi perangai cam premature teenagers..rinduww nak ulang zaman oldskool tuh tapi apekan daya masa xleh undur even mintak tolong doraemon pon sah2 dia leh tolong dah...eehh lau korang nak share2 zaman muda-mudi korang tu jgn lupa drop ur link kat en3 nih k...aku pon nak tengok gak muka pura2 innocent korang...miahahaha

Tu jer la yang aku nak citer...nak lepas gian lama xhupdate,nway tis weeks maybe blog aku pon xakan dihupdate...aku de exam 100 question n Osce (skill lab) dan xlupa gak my short vacation...ooyeeehhh can't wait for it, korang nak tau mana aku habiskan midteam break aku???tunggu je la sampai aku hupdate blog nih balik.Okeyyh geng..aku chow dulu nak siap2 jap ag nak kuar...sempat ag enjoy padahal esok exam doww,jangan tiru aksi lagak pandai aku nih...xbaik tuk mental & fizikal k!!

01 February, 2011

SaHaBat kau teTap daLam keNangaN...

Dalam kenangan
 
In this WORLD, where everything seems UNCERTAIN, only one thing is DEFINITE. You'll    always be my FRIEND, beyond WORDS, beyond TIME and beyond DISTANCE!!